Sedikit cerita Kem Remaja SPIES siri 01
Wednesday, December 10, 2008
Tarikh 29-30 November 2008 bertempat di Kem Mestika Safa, Hulu Langat, Selangor. Seramai 112 orang remaja yang telah menyertai Program Kem Remaja SPIES siri 01 dengan jayanya. Program Dirasmikan oleh Y.B Dr. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Modal Insan Negeri Selangor.
Kepada peserta Kem Remaja SPIES siri 01 pihak kami mohon maaf sekiranya ada diantara adik-adik yang tidak kelihatan, Kamera kita tidak dapat ambil gambar seluruh peserta. I`Allah lepas ini kita beli kamera baru yang power sikit.
Kami doakan adik-adik berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Sebarkan sekiranya program kami baik dan bagi tahu kami kalau-kalau ada yang tak baik.
Kepada yang berminat program Kem Remaja SPIES siri 02 bertarikh 22-23 Disember 2008. DAFTAR SEGERA !!!
Read more...